Wednesday, September 8, 2010

Ramadhan Pergi, Syawal Tiba



ESOK, umat Islam akan menyambut 1 Syawal 1431H. Samada kita telah melakukan ibadah kita dengan baik, terbaik atau terbalik,  hanya Allah dan tuan empunya diri yang tahu. Walauapapun, kita mengharapkan dalam hiruk pikuk peristiwa sepanjang Ramadhan ini menjadi renungan dan tindakan bersama. Sedikit nukilan buat renungan buat kita semua.

Berkatalah Ramadhan…..
“Kamu semua, kaum muslimin dan muslimah telah menunggu kedatanganku, Bulan Ramadhan

Kamu semua, telah menyambutku dengan bisikan-bisikan zikir,bersujud dahimu ke bumi, tidak kira siang dan malam menangisi dosa-dosamu dan mengisi penuh harapan memohonrestu dan keampunan kepada Allah Rabul Jalil..

Kamu semua telah bertekun melipatkan amal jariah dan kebajikan untuk merebut peluang menambah saham sebagaimana di janji Allah SWT…

Dan kini aku, Ramadhan, kian meninggalkan kamu…Untuk memberi laluan kepada Syawal….

Ingatlah…Ramadhan telah mengajar kamu bersederhana dalam makanan dan minuman serta segala perbelanjaan

Janganlah…Syawal menjadi pembuka nafsu selera dengan berlebih-lebihan dan membazirkan

Ingatlah…Ramadhan telah mengajak kamu mendirikan solat-solat fardhu dan sunat

Janganlah…Syawal menjadi titik noktah untuk meneruskan segala ibadah

Ingatlah…Ramadhan telah mensucikan jiwa kamu untuk membuat kebajikan dan amal jariah

Janganlah…Syawal menjadi penghalang untuk menghulurkan bantuan

Ingatlah…Ramadhan telah membasahkan lidah-lidah kamu dengan bertasbih, bertahmid dan berzikir

Janganlah…Syawal mengeringkan lidah-lidah dengan kata-kata yang jahat

Ingatlah…Ramadhan telah mendidikkan akhlak kamu agar lebih mulia

Janganlah…Syawal menukarkan akhlak kamu dengan segala sifat yang menjijikkan

Ingatlah…Ramadhan telah datang untuk mengubah diri kita agar lebih mendekati Allah SWT

Janganlah…Syawal membawa kita jauh daripada Allah SWT…Semoga kita menjadi insan seperti baru lahir ke dunia agar dapat membina cara hidup yang lebih baik selepas Ramadhan ini.

RENUNGAN: 

Hayatilah kata-kata mudah ayat-ayat diatas. Entahkan kita masih berpeluang menempuhi Ramadhan yang seterusnya..
Malah, entah esok masih ada untuk kita…
Wallahualam…
Dan dengan kesempatan ini juga saya ingin memohon ampun dan maaf andai nukilan dan pandangan yang diberikan mengguris hati dalam erti kata adab berbicara, penggunaan bahasa, dan tatacara.












Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.

Read more...

Sunday, September 5, 2010

MAMPUKAH KITA BERTAHAN 10 AKHIR RAMADHAN?

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.















ANTARA AMALAN NABI S.A.W 

1. Mandi antara Maghrib dan Isyak, memakai pakaian yang paling baik dan memakai haruman
Ibn Abi ‘Asim meriwayatkan dari Aisyah r.a:
“Rasulullah SAW jika berada dalam bulan Ramadan baginda seperti rutin hariannya tidur dan bangun. Tatkala memasuki 10 hari terakhir baginda mengikat kainnya dan menjauhkan diri dari bersama-sama para isterinya, serta baginda mandi antara Maghrib dan Isyak”. (Terdapat riwayat Abu Hurairah yang menyokong hadis ini)
Dalam riwayat lain daripada sahabat seperti Anas ibn Malik dan ulama pada masa tabi’en menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju yang paling baik dan memakai haruman atau wangian apabila berada pada akhir Ramadan. Apa yang dilakukan oleh Rasulullah, sahabat dan tabi’en ini adalah satu usaha menyambut dan meraikan kedatangan lailatul qadr, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu. Justeru pada malam-malam terakhir Ramadan di samping mencari lailatul qadr dianjurkan membersihkan diri dan memakai wangian dan haruman, sebagaimana ia turut dianjurkan ketika Aidilfitri dan Aidiladha.

2. Mencari lailatul qadr
Umat Islam dianjurkan agar mencari dan merebut lailatul qadr. Hal ini bertepatan dengan sabda baginda yang bermaksud,
Carilah malam lailatul qadr pada 10 malam terakhir. (riwayat al-Bukhari)
Dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah SAW melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib. Baginda tidak akan melalui ayat rahmat kecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab kecuali memohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu. Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir Ramadan. Rasulullah bersabda:
“Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah pada waktu malam, dia telah mengambil menghidupkan seluruh malam itu”. (Riwayat Abu Dawud).
Maksudnya sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian apa yang dimaksudkan dengan lailatul qadr. Apatah lagi jika mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu.

3. Melewatkan sahur
Daripada Sahl ibn Sa’d berkata:
Sesungguhnya aku pernah bersahur bersama keluargaku dan aku sempat untuk sujud bersama dengan Rasulullah SAW. (riwayat al-Bukhari)
Perlakuan ini turut diceritakan oleh Zaid ibn Thabit berkata:
“Kami pernah bersahur bersama Rasulullah SAW kemudian kami bersolat dengan baginda. Lantas Anas bertanya, Berapakah jarak di antara sahur itu dengan solat? Zaid menjawab, kira-kira 50 ayat. (riwayat al-Bukhari)

4. Melakukan iktikaf
Iktikaf adalah sunnah yang dianjurkan oleh Baginda SAW demi memperolehi kelebihan dan ganjaran lailatul qadr (malam yang lebih baik dari 1,000 bulan). Firman Allah dalam surah al-Qadr yang bermaksud:
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) pada malam Lailatul Qadr, dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadr itu? Malam Lailatul Qadr lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah malam (yang berkat) itu sehingga terbit fajar. (al-Qadr: 1-5)
Menjelang 10 akhir Ramadan secara rutinnya Rasulullah SAW mengisi waktu-waktunya dengan beriktikaf di masjid. Pelakuan baginda ini berdasarkan hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a Bahawa Rasulullah SAW beritikaf pada 10 akhir daripada Ramadan sehingga baginda diwafatkan oleh Allah, kemudian (diteruskan sunnah) iktikaf selepas kewafatannya oleh para isterinya. Dalam sebuah hadis lain Bahawasanya Abu Hurairah berkata:
“Rasulullah SAW selalu beriktikaf pada tiap-tiap sepuluh hari terakhir Ramadan, manakala pada tahun Baginda diwafatkan, Baginda beriktikaf selama 20 hari”. (riwayat Ahmad, Abu Dawud, al-Tirmidzi dan dinilai sahih oleh al-Tirmidzi)

5. Membanyakkan doa
Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar adalah doa memohon keampunan atau maghfirah daripada Allah SWT. Dalam satu hadis sahih yang diriwayatkan daripada Aisyah dan dikeluarkan oleh al-Imam al-Tirmidzi dan dinilai hasan sahih, Aisyah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar. Doanya berbunyi:
Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibbul afwa fa’ fu anni yang bermaksud: Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun, yang suka mengampun, maka ampunilah aku. (al-Tirmidzi 5:535)
Rasulullah SAW turut berdoa yang bermaksud:
“Ya Allah, jadikan sebaik-baik umurku adalah penghujungnya. Dan jadikan sebaik-baik amalku adalah penutupnya. Dan jadikan sebaik-baik hari-hariku adalah hari di mana aku bertemu dengan-Mu Kelak”. (Musannaf Ibn Abi Syaibah 6: 65)

Read more...

Sunday, August 29, 2010

Malam Lailatul Qadar

 Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. ia berkata : “Dinampakkan dalam mimpi seorang lelaki bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam kedua puluh tujuh, maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Saya pun (Nabi) bermimpi seperti mimpimu, (dinampakkan pada sepuluh malam terakhir) maka carilah ia (Lailatul qadar) pada malam-malam yang ganjil”. (Riwayat Muslim)

Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turun padanya Malaikat Jibril dan malaikat-malaikat yang lain ke bumi dengan perintah Allah. Setiap ibadat yang dilakukan pada malam lailatul qadar dengan penuh ikhlas, insyaAllah amalannya akan diterima oleh Allah dan diampunkan semua dosanya yang telah lalu.

Allah SWT memperuntukkan satu malam di bulan Ramadan malam penuh syahdu dan berkat. Malam yang ditunggu-tunggu oleh para Anbiya’ dan para salihin yang tidak terdapat di bulan-bulan lain iaitu “Lailatul Qadar”. Pada malam inilah Allah menurunkan Al-Quran. Lailatul Qadar berlaku pada mana-mana sepuluh malam terakhir iaitu pada malam-malam ganjil.

Kita seharusnya menginginkan malam tersebut walau sekali seumur hidup tetapi malam itu tidak akan datang bergolek, hendaklah kita berusaha dan berdoa untuk mendapatkannya. Beramal pada malam tersebut akan mendapat ganjaran seperti beramal 1000 bulan atau lebih 83 tahun. Doa kita dikabulkan Allah SWT. Pintalah apa-apa yang munasabah untuk dunia dan akhirat, untuk diri, anak isteri dan ibu bapa serta sekalian muslimin muslimat.

Ulama menyatakan amalan yang sebaik-baiknya kita lakukan di malam Lailatul Qadar (yakni menghidupkan malam tersebut) ialah :

* Memohon ampun segala dosa yang terdahulu (Istigfar)
* Mengerjakan solat-solat sunat dan solat Qada’
* Membaca Al-Quran
* Berzikir dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW
* Memperbanyakkan membaca doa : [ Maksudnya: "Ya Allah! Engkau yang Maha Pemaaf (Pengampun), kasih kepada kemaafan maka maafkan aku (ampun)". ]
* Pada malam tersebut hendaklah solat Isyak berjemaah dan Subuhnya juga berjemaah

Read more...

Sunday, July 18, 2010

PERSIAPAN MENJELANG RAMADHAN

* Tips Persiapan Bulan Ramadhan*


Tentunya ada diantara sahabat yang merasa kebingungan, mengenai apa-apa saja yang harus dan perlu dipersiapkan menjelang bulan Ramadhan. Untuk itu, bolehlah diterapkan persiapan-persiapan berikut ini :




1-  I'dad Ruhi Imani, yakni persiapan ruh keimanan.
Orang-orang yang sholeh biasa melakukan persiapan ini seawal mungkin
sebelum datang Ramadhan. Bahkan mereka sudah merindukan kedatangannya
sejak bulan Rajab dan Sya'ban. Biasanya mereka berdoa : "Ya Allah, berikanlah
kepada kami keberkatan pada bulan Rajab dan Sya'ban, serta sampaikanlah kami
kepada Ramadhan."

Dalam rangka persiapan ruh keimanan itu, dalam surah At-Taubah Allah
melarang kita melakukan berbagai maksiat dan kedzhaliman sejak bulan Rajab.
Tapi bukan berarti di bulan lain dibolehkan. Hal ini dimaksudkan agar
sejak bulan Rajab kadar keimanan kita sudah meningkat. Boleh dikiaskan,bulan
Rajab dan Sya'ban adalah masa pemanasan *(warming up),*sehingga ketika memasuki
Ramadhan kita sudah bisa bisa menjalani ibadah shaum dan sebagainya itu bak
sudah terbiasa.

2- I'dad Jasadi,
yakni persiapan fizikal.

Untuk memasuki Ramadhan kita sebaiknya menyediakan  fizikal yang lebih kuat
dan bersedia daripada biasanya. Sebab, jika fizikal lemah, boleh menjadikan kemuliaan
yang dilimpahkan oleh Allah swt. pada bulan Ramadhan tidak dapat kita raih secara optimal.

Maka, sejak bulan Rajab Rasulullah dan para sahabat membiasakan diri melatih
fizikal dan mental dengan melakukan puasa sunnah, banyak berinteraksi dengan al-
Qur'an, biasa bangun malam (qiyamul-lail), dan meningkatkan aktiviti seketika
berkecimpung dalam masyarakat.

3-  I'dad Maaliyah, yakni persiapan harta.

Jangan salah faham, persiapan harta bukan untuk membeli keperluan
berbuka puasa atau hidangan di hari raya sebagaimana tradisi kita selama ini.
Mempersiapkan harta adalah untuk melipatgandakan sedekah, karena Ramadhan
padanya disediakan peluang yang banyak untuk bersedekah.

4-  I'dad Fikri wa Ilmi, yakni persiapan intelektual dan keilmuan.

Agar ibadah Ramadhan dapat direbut seoptima mungkin, diperlukan bekal wawasan dan
tashawur (persepsi) yang benar tentang Ramadhan. Antaranya dengan membaca berbagai
bahan rujukan dan menghadiri majlis ilmu tentang Ramadhan.

Kegiatan ini berguna untuk mengarahkan kita agar beribadah sesuai tuntunan Rasulullah saw.
seketika Ramadhan. Menghafal ayat-ayat dan doa-doa yang berkait dengan pelbagai jenis ibadah,
atau menguasai  berbagai masalah dalam fiqh puasa, juga penting untuk dipersiapkan.

Semoga persiapan yang dilakukan mampu menjadikan ibadah puasa kita kali ini adalah yang
terbaik dalam sejarah puasa yang kita lakukan. Dan semoga ianya diterima oleh Allah swt. dan
diberikan ganjaran yang sewajarnya bila amal dihitungkan untuk diberikan pembalasan.

Aaamiin.

Read more...

Sunday, April 18, 2010

TAWARAN MASUK KOLEJ JAIPUTRA 3 KREDIT SPM

Penuhilah cita-cita anda dengan memasuki KOLEJ JAIPUTRA.
Minima ada 3 kredit SPM anda boleh belajar, pastikan BM kredit. Anda akan dibantu pihak kolej untuk dapatkan pinjman dari PTPTN atau MARA.




Read more...

Tuesday, November 17, 2009

KEM CUTI SEKOLAH HIKMAH BINTULU


Sempena musim cuti sekolah semester yang akan datang HIKMAH Bintulu sekali lagi menganjurkan program KEM CUTI SEKOLAH 2009. Kem yang antara lain mensasarkan penyertaan golongan remaja di sekitar Bintulu dengan objektif seperti berikut;

1. Mengisi masa lapang para peserta dengan rangkaian aktiviti yang bersepadu iaitu dunia & akhirat.
2. Membimbing para peserta agar mempunyai tujuan hidup yang benar dan saat menghadapi cabaran dalam kehidupan.
3. Menanam kecintaan dalam diri para peserta untuk melakukan aktiviti yang mendatangkan manfaat kepada diri, keluarga dan masyarakat seterusnya negara.

  • Kem Cuti Sekolah 2009 akan dikendalikan pada 1-15 Disember 2009.
  • Lokasi kem : Banggunan Martabat, Bintulu
  • sasaran peserta Tingkatan 2-5 (Lelaki & Perempuan)
  • Yuran penyertaan RM250 seorang
Kandungan Program.

  • Program pendidikan Islam Intensif. ( Madrasah )
  • Outdoor training.
  • Dialog intaraktif remaja.
  • Multimedia
  • Sholat berjamaah 5 waktu.
Sesiapa yang berminat untuk menyertai KEM CUTI SEKOLAH 2009 (HIKMAH) Sila hubungi;


Ustaz Ariffin Bin Haji Sebli : 013-840 8201
Ismawi Ishak : 012-8700112
Ustaz Ali Fathulloh Harun : 013-8169561 atau email : hikmahbintulu@gmail.com

Ibubapa yang berminat untuk mendaftarkan anak-anak, sila dapatkan brosur serta menghubungi pihak penganjur seperti alamat yang tertera. Selamat beramal kebajikan untuk anak-anak demi masa depan yang gemilang dan mendapat keredhaan Allah.

Read more...

Wednesday, October 14, 2009

TAFSIR QUR'AN PER-KATA



Tafsir Al Qur’an Per kata
dengan Asbabun Nuzul dan Terjemah Lengkap


Penerbit : Maghfirah Pustaka
Harga Istimewa : RM150.00

Spesifikasi
Cover : Exclusive Hard Cover
Halaman : 624 halaman
Ukuran : A4 (21 x 29,7 cm)
Percuma beg Ka’bah Cantik


Kelebihan Tafsir Qur’an Per kata:

* Tafsir ijmali (global) yang ringkas, bukan sekadar terjemah, yang disusun berdasarkan kata per kata dari setiap ayat al-Qur’an
* Mudah dibaca dan difahami, baik secara terpotong-potong kata per kata atau pun secara semua ayat per ayat.
* Disusun dengan merujuk kepada buku-buku Tafsir yang mu’tabar (diakui)
* Dilengkapi dengan Asbabun Nuzul, yang memberikan informasi tentang keadaan dan latar belakang turunnya setiap ayat.
* Dilengkapi juga dengan terjemahan Departemen Agama Indonesia.
* Tersedia 5 pilihan warna cover: merah, biru, hijau, pink dan ungu. (tergantung persediaan stok)
* Sesuai untuk hadiah kepada orang yang anda kasihi atau buah hamtaran perkahwinan.


Deskripsi

Al Qur’an ini dilengkapi dengan Asbabun Nuzul (sebab-sebab turunnya ayat) dan Terjemah


Yang berikut ini adalah tampilan penuh satu halaman, terjemahan perkata langsung dibawah tulisan ayat. Dan terjemahan lengkapnya berada disisi kanan untuk halaman ganjil dan sisi kiri untuk halaman genap.


Apa kata ‘Ulama dan Ahli Tafsir?

“Ini akan membuat Anda mengetahui makna dan tafsir setiap kata dari ayat al-Qur’an.”
- DR. Hidayat Nur Wahid, Ketua MPR RI

“Tafsir al-Qur’an per kata ini sangat membantu untuk memudahkan pemahaman al-Qur’an yang diperlukan oleh setiap Muslim.
- Prof. DR. Ahmad Satori, Guru Besar Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta, Ketua Umum Ikatan Da’I Indonesia (IKADI)

“Karya ini memudahkan kita untuk menyelami kandungan makna dalam setiap ayat.”
- Drs. H. Amidhan, Ketua Majelis Ulama Indonesia (MUI) Pusat.

“Di zaman yang serba segera dan cepat, diperlukan juga cara belajar memahami al-Quran yang cepat. Tafsir Qur’an per kata adalah cara cepat belajar memahami al-Qur’an. Tafsir ini sangat baik digunakan untuk belajar autodidik atau diajarkan di majlis taklim dan lembaga pendidikan Islam.”
- KH. DR. Ahzami Samiun, M.A., Dosen Tafsir Pascasarjana, Univ. Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Jakarta

“Tafsir Qur’an Per Kata ini lebih dari sekadar terjemah kosakata al-Qur’an tetapi juga merupakan tafsir ringkas yang disusun berdasarkan kosakata yang sangat membantu pembaca memahami tafsir setiap kosakata sekaligus tafsir ayat secara utuh.”
- KH. DR. Muslih Abdul Karim, M.A., Dosen Tafsir Institut Ilmu al-Qur’an (IIQ), Pimpinan Pondok Pesantren Baitul Qur’an, Depok, Jawa Barat.

“Sebuah tafsir al-Qur’an yang ringkas namun menyeluruh dengan memerhatikan aspek-aspek penafsiran. Semoga karya ini membuat pemahaman umat terhadap al-Quran semakin ‘baik dan benar.’”
- DR. Atabik Luthfi, M.A., Alumnus Fakultas Qur’an Universitas Islam Madinah, Saudi Arabia. Doktor bidang Tafsir dari University Malaya, Malaysia.

“Karya yang sangat bermanfaat dan dinanti umat untuk mempermudah pemahaman terhadap al-Qur’an. Dengan tafsir ini, pembaca yang tidak boleh bahasa Arab boleh menikmati kebenaran dan keindahan hidayah al-Quran kata per kata.”
- KH. DR. Mu’inudinillah, M.A., Pimpinan Pondok Pesantren Tahfizul Qur’an Ibnu Abbas, Klaten; Ketua Program MPI Pascasarjana UMS Surakarta

“Baru pertama kali ini saya menemukan tafsir yang sangat mudah dan baik, terutama bagi pemula dalam memahami al-Quran. Tafsir ini sungguh sangat bermanfaat bagi pembaca yang tidak faham bahasa Arab dalam memahami maksud kata per kata dari ayat-ayat al-Quran.”
- DR. Amir Faishol Fath, M.A., Doktor bidang Tafsir dari International Islami University, Islamabad, Pakistan.

“Tafsir Quran Per Kata merupakan sumbangan ilmiah terhadap al-Quran dengan merujuk kepada rujukan yang mu’tabar (diakui). Sebuah tafsir yang wajib dimiliki oleh setiap muslim yang ingin merasakan ‘lezatnya’ membaca al-Qur’an.”
- Ustadz Ahmad Khusyairi Suhail, M.A., Ketua Sekolah Tinggi Ilmu Ushuluddin ‘Darul Hikmah’


Anda tertarik?

Sila hubungan dan pesan sekarang juga sementara stok masih ada.


Wakil Pengedar dan Penjual

HJ. MOHD. SELIMAN BIN HJ. HAMBALI
HP: 013-5746623
E-mail : hmseliman@yahoo.com

Read more...

Ungu - Andai Ku Tahu

About This Blog

About This Blog

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP