Ramadhan Pergi, Syawal Tiba

ESOK, umat Islam akan menyambut 1 Syawal 1431H. Samada kita telah melakukan ibadah kita dengan baik, terbaik atau terbalik, hanya Allah dan tuan empunya diri yang tahu. Walauapapun, kita mengharapkan dalam hiruk pikuk peristiwa sepanjang Ramadhan ini menjadi renungan dan tindakan bersama. Sedikit nukilan buat renungan buat kita semua.
“Kamu semua, kaum muslimin dan muslimah telah menunggu kedatanganku, Bulan Ramadhan…
Kamu semua, telah menyambutku dengan bisikan-bisikan zikir,bersujud dahimu ke bumi, tidak kira siang dan malam menangisi dosa-dosamu dan mengisi penuh harapan memohonrestu dan keampunan kepada Allah Rabul Jalil..
Kamu semua telah bertekun melipatkan amal jariah dan kebajikan untuk merebut peluang menambah saham sebagaimana di janji Allah SWT…
Dan kini aku, Ramadhan, kian meninggalkan kamu…Untuk memberi laluan kepada Syawal….
Ingatlah…Ramadhan telah mengajar kamu bersederhana dalam makanan dan minuman serta segala perbelanjaan
Janganlah…Syawal menjadi pembuka nafsu selera dengan berlebih-lebihan dan membazirkan
Ingatlah…Ramadhan telah mengajak kamu mendirikan solat-solat fardhu dan sunat
Janganlah…Syawal menjadi titik noktah untuk meneruskan segala ibadah
Ingatlah…Ramadhan telah mensucikan jiwa kamu untuk membuat kebajikan dan amal jariah
Janganlah…Syawal menjadi penghalang untuk menghulurkan bantuan
Ingatlah…Ramadhan telah membasahkan lidah-lidah kamu dengan bertasbih, bertahmid dan berzikir
Janganlah…Syawal mengeringkan lidah-lidah dengan kata-kata yang jahat
Ingatlah…Ramadhan telah mendidikkan akhlak kamu agar lebih mulia
Janganlah…Syawal menukarkan akhlak kamu dengan segala sifat yang menjijikkan
Ingatlah…Ramadhan telah datang untuk mengubah diri kita agar lebih mendekati Allah SWT
Janganlah…Syawal membawa kita jauh daripada Allah SWT…Semoga kita menjadi insan seperti baru lahir ke dunia agar dapat membina cara hidup yang lebih baik selepas Ramadhan ini.
RENUNGAN:
Hayatilah kata-kata mudah ayat-ayat diatas. Entahkan kita masih berpeluang menempuhi Ramadhan yang seterusnya..
Malah, entah esok masih ada untuk kita…
Wallahualam…
Dan dengan kesempatan ini juga saya ingin memohon ampun dan maaf andai nukilan dan pandangan yang diberikan mengguris hati dalam erti kata adab berbicara, penggunaan bahasa, dan tatacara.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.
0 comments:
Post a Comment